Minyak, Minyak, Minyak… Tak Lain Cerita Ka?

Written by admin on June 8th, 2008
Selamat Datang ke Blog Direktori Blogger Malaysia. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Minyak, Minyak Naik, Harga Minyak Naik, Harga Petrol Naik! Itu adalah tajuk yang paling hangat diblog-blog seluruh Malaysia sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 41% untuk petrol dan 63.3% untuk disel. Dari blog orang biasa sampailah ke blog pemimpin politik, semua membincangkan hal ini.

Mungkin Ogos nanti minyak akan naik lagi, mungkin 40% lagi. sapa tahu, sebab dulu kerajaan kata bulan Ogos baru minyak akan naik. Mungkin ini baru pra-kenaikan harga minyak.

Seperti yang kita maklum, tarif elektrik akan naik pada bulan Julai nanti :(

Minyak merupakan keperluan asas bagi hampir seluruh umat manusia sama ada secara langsung atau tidak.

Jika harga minyak naik, maka keperluan lain juga turut naik. Kadang-kadang barang yang tidak berkaitan dengan minyak pun turut naik dengan alasan pekerja mereka datang kerja guna kereta. Jadi bila minyak naik, gaji atau elaun minyak kena naikan jugalah. Jadi kenaikan harga minyak juga boleh dimaksudkan sebagai pengurangan kepada kuasa membeli seseorang. Harga minyak naik 40% maksudnya kuasa membeli kurang 40%.

Saya tidak mahu menulis panjang-panjang mengenai isu kenaikan harga minyak ini kerana saya bukanlah pakar dalam bidang ini. Ok, jika anda ingin membaca artikel menarik mengenai isu harga minyak ni. Anda boleh ke pautan di bawah. Selamat membaca.

1. Harga Minyak Melambung!! - AnwarIbrahimBlog.com

2. Isu Harga Minyak: Mana Akauntabiliti Petronas?-AnwarIbrahimBlog.com

3. Bagaimana Menangani Kenaikan Harga Petrol?-MohdSuhaimy.com

4. Minyak naik!… Siapa untung,siapa rugi?-MohdSuhaimy.com

5. Petrol RM2.70 - Apa Yang Boleh Kita Buat?-MohdIsmail.net

6. Politik Tutup Periuk Nasi-SebolKu.Blogspot.com

7. Harga minyak naik 40%, gaji naik 40% tak?-IrfanKhairi.com/blog

8. Oil Price-Chedet.com

Dan banyak lagi. Boleh check dekat sini

Popularity: 40% [?]

Mesti Baca!

Text-Link-Ads : Buat Duit Dengan Jual Perkataan…

Written by admin on May 25th, 2008
Selamat Datang ke Blog Direktori Blogger Malaysia. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Assalamualaikum & salam sejahtera….

Apa khabar anda semua hari ini? Moga sihat hendak-Nya. Di hari cuti sebegini, tambahan pula cuti sekolah, sudah tentu ramai yang pergi bercuti.

Buat Duit Dengan Blog (BDDB), merupakan satu tujuan seseorang itu berblog. Salah satu cara membuat duit dengan blog ialah dengan menjual perkataan diblog anda. Untuk memudahkan urusan tersebut anda blog menggunakan khidmat . Untuk maklumat lanjut, bolehlah .

Popularity: 35% [?]

Mesti Baca!

Blogger - Sejujur Mana kata-kata?

Written by admin on May 11th, 2008
Selamat Datang ke Blog Direktori Blogger Malaysia. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sempena Hari Ibu ini saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua mereka yang bergelar ibu, emak, mama, mummi, ummi dan seumpamanya.

Sempena hujung minggu ini, banyak juga blog yang saya lawat dan baca. Ada blogger yang mewujudkan blog untuk menyebarkan ilmu, mengutarakan idea, menjana pendapatan dan tak kurang juga yang membina blog untuk mengritik orang lain.

Saya terbaca beberapa blog yang diwujudkan untuk mengiritik blog orang lain. Ada yang benar-benar profesional dengan meletak maklumat diri tetapi malangnya ada yang bersembungnyi dibalik nama samaran.

Yang lagi jelik, ada yang tidak mempunyai identiti langsung. Sudahlah menggunakan host percuma. Memalukan.

Ingatlah para blogger sekalian. Blog anda tanggungjawab anda. Jadilah blogger yang berhemah.

Oks itu sahaja, selamat berblog

wassalam

Popularity: 45% [?]

Mesti Baca!