Blog & Pilihanraya Malaysia Ke-12

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Demam pilihanraya semakin hangat. Sehangat itulah blog-blog politik menjadi tumpuan.

Blog merupakan salah satu senjata yang digunakan dalam kempen pilihanraya pada kali ini. Dengan teknologi web 2.0 yang boleh di update dimana-mana sahaja dan bila-bila masa yang diingini, tidak hairanlah mengapa blog dijadikan sebagai pilihan untuk berkempen secara online berbanding laman web statik.

Bagi sesiapa yang belum menyemak daftar pemilih, bolehlah melakukan sedemikian di http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp

Sekian wassalam

Selamat mengundi

20 Hos Blog Popular

Filed Under Kenali Blog · Tagged:  

Assalamualaikum & salam sejahtera….

Jika anda masih belum memiliki blog dan ingin mencuba untuk berblog. Berikut disenarai 20 hos blog paling popular.

  1. Blogger.com
  2. WordPress.com
  3. Xanga.com
  4. LiveJournal.com
  5. Multiply.com
  6. Window Live Spaces
  7. Fotolog
  8. Diaryland
  9. Yahoo!360
  10. Fotopages
  11. Flickr
  12. Typepad
  13. ClearBlog
  14. Open Diary
  15. My Opera
  16. Blogsome
  17. FaceBook
  18. Myspace Blog
  19. Tblog
  20. Blog Drive

Senarai ini tidak mengikut susunan dan sumber diperolehi dar Majalah PC Feb 08 #134. Anda boleh memilih yang mana anda berkenan.

Jika anda ingin hos blog buatan Malaysia sila layari BlogMas.com. Pilih lah buatan Malaysia. Sokongan anda kebanggaan Malaysia.

Sekian Wassalam.

Blog? Apa Itu Blog?

Filed Under Kenali Blog · Tagged: , , , ,  

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

 haveblog.jpg

Blog, apa itu blog? Blog merupakan ringkasan bagi weblog. Ia boleh dikatakan sebagai diari online dimana seseorang itu berkongsi kisah hidupnya dengan masyarakat umum. Ia juga digunakan sebagai jurnal untuk menyatakan pendapat peribadi atau menceritakan sesuatu perkara seperti hobi dan pekerjaan harian.

Apa beza blog dan laman web biasa?

Pada dasarnya blog dan laman web biasa tiada bezanya, blog juga merupakan sejenis laman web. Tetapi yang membezakan blog dan laman web ialah blog mudah dikemaskini. Di mana setiap kali blog dikemaskini, artikel terbaru akan berada di atas, manakala artikel yang lama akan turun ke bawah.

Berbanding dengan laman web ia biasanya susah untuk dikemaskini dimana ia perlu dikemaskini didalam programnya sendiri sama ada frontpage atau dreamviewer atau sebagainya. Kemudiannya laman web tersebut perlu diuploadkan semula ke hosting. Jadi untuk mengemaskini website ia memerlukan masa yang lama. Manakala untuk mengemaskini blog hanya perlu masuk ke ruangan admin sahaja. Jadi kesimpulanya untuk mengemaskini blog tidak memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi.

Kenapa kita perlu memiliki Blog?
Soalan ini tentu sedang bermain di minda anda jika anda belum miliki blog. Sebenarnya banyak sebab mengapa kita perlu memiliki blog. Tidak kisah siapa kita, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog kini merupakan satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan, dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat.

Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang kita tulis tersebut atau mengenali diri kita! Jika kita seorang usahawan, sudah pasti produk atau servis kita akan diketahui akan kewujudannya!

Ramai yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika kita perhatikan, begitu ramai usahawan internet memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Blog adalah satu ‘tools’ (teknologi) yang amat berkuasa di dalam menjana pendapatan atau mendapatkan trafik ke laman web perniagaan internet mereka. Kita juga boleh melakukan seperti mereka jika kita tahu caranya..

Jadi sebagai kesimpulannya dengan memiliki blog;

  • Anda dapat membina kredibiliti bagi kepakaran anda
  • Mendapatkan trafik ‘percuma’ ke laman web perniagaan anda
  • Dapat menyertai program Google Adsense dan program affiliate
  • Berkomunikasi dengan bakal dan pelanggan anda
  • Mempromosikan perniagaan konvensional anda dengan berkesan
  • Menambah rangkaian perniagaan melalui internet
  • dan banyak lagi faedah blog!

Sekian sahaja untuk kali ini.
Wassalam

Rumah Baru & Masalah Teknikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Demi memajukan direktori Blogger Malaysia, saya telah mengambil keputusan untuk membeli hosting khas untuk Blogger Malaysia (http://bloggermalaysia.info).

Sebelum ini Direktori Blogger Malaysia hanya menumpang di hosting projek saya yang lain. Melihat perkembangannya yang dijangka postif saya mengambil langkah untuk membeli hosting khas untuk direktori ini supaya tidak timbul masalah di masa hadapan.

Sehubungan dengan itu terdapat beberapa masalah teknikal sewaktu proses pemindahan dilakukan dan kini 80% proses tersebut telah pun berjaya :)

Terima kasih diucapkan kepada En. Alias, staff EcommerceMastery.com yang banyak membantu masalah hosting yang saya hadapi.

Dan dikesempatan ini juga saya mengucapkan terima kasih kepada anda yang selama ini menyokong direktori Blogger Malaysia. Hingga ke hari ini terdapat 70 blog warga Malaysia yang telah berdaftar di direktori tersebut.

Saya juga memohon maaf atas masalah teknikal tersebut yang mengakibatkan blog ini tidak dapat diupdate :(

Sekian wassalam