‘Blog Politik Malaysia’ Kata Kunci Yang Paling Laris!

Filed Under Politik · Tagged: , , , ,  

Sejak PRU-12 kata kunci Blog Politik Malaysia’ adalah kata kunci yang paling banyak digunakan untuk menjumpai blog ini.

trafik15.jpg

Hari ini sahaja sebanyak 35.32% kata kunci tersebut digunakan!

Dengan menggunakan kata kunci tersebut blog ini menduduki tangga ke-2 daripada 1,760,000 laman web/blog di bawah Malaysia-Today.Net. Klik pada gambar di bawah sebagai bukti :)

yah.jpg

Ok itu sahaja. Jangan lupa mendaftar blog anda di Direktori Blogger Malaysia

Cantikan Blog Anda Dengan Themes Percuma!

logowpthemes.jpg

Dimana nak dapatkan themes wordpress percuma?

Salah satu perkara yang membimbangkan seseorang untuk memiliki blog adalah kecantikan blog yang dimiliki. Sesetengah orang amat risau  dan malu jika blog yang dimilikinya tidak cantik.

Tahukah anda, banyaka blog menyediakan themes percuma untuk blog wordpress dan untuk blog di blogger.com?

Contoh blog atau laman web yang menyediakan themes percuma untuk blog wordpress adalah WPThemesfree.com. Banyak themes percuma untuk blog wordpress boleh diperolehi disitu.

Selain itu ada juga boleh memperolehi themes wordpress percuma di Themes.WordPress.net. Untuk yang lainnya carilah sendiri di google.

Memasukan Video Dari YouTube & VideoGoogle Ke Dalam Blog

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Bagaimanakah caranya untuk memasukan video dari Youtube atau GoogleVideo kedalam post blog?

Untuk tujuan ini saya mengunakan plugin EasyTube. Plugin ini boleh diperolehi dari blog eJump.co.uk.

Cara untuk mengunakannya adalah mudah sahaja. Anda perlu memuat turun plugin tersebut dan mengunzipkannya. Kemudian muat naik plugin tersebut ke dalam folder plugin wordpress anda dengan menggunakan FTP. Activekan ia di bahagian plugin blog wordpress anda.

Untuk memasukan video dari youtube atau google video, ikuti langkah-langkah berikut;

  1. Pergi ke youtube atau google video dan pilih video yang anda inginkan.
  2. Salin URL video yang anda inginkan. Contoh; http://uk.youtube.com/watch?v=nTRfxikK9aQ
  3. Dalam post blog anda sila masukan tag berikut:

    [ youtube:URL ] atau [ googlevideo:URL ]

    gantikan URL dengan URL video pilihan anda tadi.

  4. Klik publish dan siap :)

Untuk maklumat yang lebih lanjut sila ke pautan berikut.

PRU 12 :Kuasa Blog Dalam Memberi Maklumat

Filed Under Kuasa Blog, Politik · Tagged: , , , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera…

You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

Pilihanraya Umum ke-12 sudah 2 hari berlalu. Pelbagai analisi yang dibuat memandangan kekalahan mengejut Parti Barisan Nasional di 4 negeri dan gagal menawan Kelantan.

Salah satu pendapat yang diberikan adalah pengaruh blog dalam memberi maklumat.

Umum mengetahui, ramai rakyat Malaysia celik IT dan boleh dikatakan banyak rumah sudah memiliki talian internet dan pertumbuhan Cyber Cafe memudahkan lagi rakyat mengakses ke internet.

Ditambah pula media masa yang mempromosi parti memerintah dengan agak keterlaluan menyebabkan rakyat lebih percaya kepada informasi dari internet terutamanya blog.

Menurut pemerhatian saya, blog-blog yang menyokong Barisan Alternatif / Barisan rakyat lebih banyak berbanding blog-blog atau laman web yang menyokong Barisan Nasional.

Dengan itu bolehlah dibuktikan pilihanraya pada kali ini menunjukan bertapa kuasanya blog dalam menyampaikan maklumat dan mempengaruhi seseorang.

Jadi jika anda bercita-cita untuk terlibat dalam arena politik suatu hari nanti, miliki blog sekarang! Bina jenama anda sendiri melalui blog.

Sekian, wassalam