PRU 12 :Kuasa Blog Dalam Memberi Maklumat
Assalamualaikum & salam sejahtera…
Pilihanraya Umum ke-12 sudah 2 hari berlalu. Pelbagai analisi yang dibuat memandangan kekalahan mengejut Parti Barisan Nasional di 4 negeri dan gagal menawan Kelantan.
Salah satu pendapat yang diberikan adalah pengaruh blog dalam memberi maklumat.
Umum mengetahui, ramai rakyat Malaysia celik IT dan boleh dikatakan banyak rumah sudah memiliki talian internet dan pertumbuhan Cyber Cafe memudahkan lagi rakyat mengakses ke internet.
Ditambah pula media masa yang mempromosi parti memerintah dengan agak keterlaluan menyebabkan rakyat lebih percaya kepada informasi dari internet terutamanya blog.
Menurut pemerhatian saya, blog-blog yang menyokong Barisan Alternatif / Barisan rakyat lebih banyak berbanding blog-blog atau laman web yang menyokong Barisan Nasional.
Dengan itu bolehlah dibuktikan pilihanraya pada kali ini menunjukan bertapa kuasanya blog dalam menyampaikan maklumat dan mempengaruhi seseorang.
Jadi jika anda bercita-cita untuk terlibat dalam arena politik suatu hari nanti, miliki blog sekarang! Bina jenama anda sendiri melalui blog.
Sekian, wassalam
Popularity: 41% [?]




