Selamat Datang ke Blog Direktori Blogger Malaysia. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Blog-Blog Orang Politik

1,209 views | Filed Under Blog Politik · Tagged: , , ,  

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Jika sebelum PRU ke-12, sukar untuk kita melihat blog-blog dari ahli politik Barisan Nasional. Pada ketika itu kita hanya melihat blog-blog politik dari parti Pakatan Rakyat atau dulunya Barisan Rakyat/ Barisan Alternatif.

Blog-blog politik dari pakatan rakyat adalah seperti AnwarIbrahimBlog (keAdilan), HusamMusa (PAS) dan LimKitSiang (DAP).

Tapi kini, blog-blog dari ahli politik Barisan Nasional tumbuh bagaikan cendawan, antara blog-blog ahli politik BN ialah blog Certusan Dr Mohamad Khir Toyo, Blog Muhammad Muhd Taib, Dari Kaca Mata Mohd Ali Rustam dan banyak lagi.

Mungkin kesan blog terhadap keputusan PRU-12 menyebabkan ramai ahli politik mula memiliki blog. Tindak ini amat dipuji. Dengan memiliki blog, YB-YB ini dapat berkomunikasi dengan lebih dekat dengan rakyat jelata.

Terkini mantan Perdana Menteri kita juga telah melancarkan blog beliau. Blog Tun Dr Mahathir blog dicapai melalui pautan berikut http://chedet.com.

Moga blog-blog ahli-ahli politik ini dapat dimanfaatkan bersama.

sekian wassalam

Comments

One Response to “Blog-Blog Orang Politik”

  1. Syiru MALAYSIA on September 16th, 2008 2:41 pm

    Ini adalah satu perkembangan yang sihat untuk dunia politik kita, para ahli politik seharusnya menggunakan medium blog untuk menyampaikan hasrat, perancangan dan juga ulasan mengenai sebarang issue yang perlu diperjelaskan kepada rakyat.

    Jangan hanya menggunakan blog sekadar tempat mencari publisiti dan tempat menyerang pihak lawan.

Feel free to leave a comment...
and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!