Minyak, Minyak, Minyak… Tak Lain Cerita Ka?
| Selamat Datang ke Blog Direktori Blogger Malaysia. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini. |
Assalamualaikum & salam sejahtera…
Minyak, Minyak Naik, Harga Minyak Naik, Harga Petrol Naik! Itu adalah tajuk yang paling hangat diblog-blog seluruh Malaysia sejak kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak sebanyak 41% untuk petrol dan 63.3% untuk disel. Dari blog orang biasa sampailah ke blog pemimpin politik, semua membincangkan hal ini.
Mungkin Ogos nanti minyak akan naik lagi, mungkin 40% lagi. sapa tahu, sebab dulu kerajaan kata bulan Ogos baru minyak akan naik. Mungkin ini baru pra-kenaikan harga minyak.
Seperti yang kita maklum, tarif elektrik akan naik pada bulan Julai nanti
Minyak merupakan keperluan asas bagi hampir seluruh umat manusia sama ada secara langsung atau tidak.
Jika harga minyak naik, maka keperluan lain juga turut naik. Kadang-kadang barang yang tidak berkaitan dengan minyak pun turut naik dengan alasan pekerja mereka datang kerja guna kereta. Jadi bila minyak naik, gaji atau elaun minyak kena naikan jugalah. Jadi kenaikan harga minyak juga boleh dimaksudkan sebagai pengurangan kepada kuasa membeli seseorang. Harga minyak naik 40% maksudnya kuasa membeli kurang 40%.
Saya tidak mahu menulis panjang-panjang mengenai isu kenaikan harga minyak ini kerana saya bukanlah pakar dalam bidang ini. Ok, jika anda ingin membaca artikel menarik mengenai isu harga minyak ni. Anda boleh ke pautan di bawah. Selamat membaca.
1. Harga Minyak Melambung!! - AnwarIbrahimBlog.com
2. Isu Harga Minyak: Mana Akauntabiliti Petronas?-AnwarIbrahimBlog.com
3. Bagaimana Menangani Kenaikan Harga Petrol?-MohdSuhaimy.com
4. Minyak naik!… Siapa untung,siapa rugi?-MohdSuhaimy.com
5. Petrol RM2.70 - Apa Yang Boleh Kita Buat?-MohdIsmail.net
6. Politik Tutup Periuk Nasi-SebolKu.Blogspot.com
7. Harga minyak naik 40%, gaji naik 40% tak?-IrfanKhairi.com/blog
Dan banyak lagi. Boleh check dekat sini
Popularity: 100% [?]





Yang dah naik terus naik. yang penting camna nak naikkan lagi pendapatan dan ekonomi kita…ARB Dagang
Biasa le, kalau 1 benda dah naik, dia meleret-leret kat barang-barang lain. Yang xdak kena mengena pun naik gak. Itu yang hairan. Yang turun hujan jer…hehe..!!
isu minyak menjadi perkara pokok bagi rakyat malaysia…
banyak tulisan yang terdapat dalam blog agak mengecewakan. Ia seolah melambangkan sikap dan pemikiran rakyat Malaysia. Fitnah , hinaan , kata-kata nista semacam satu budaya. Seharusnya Masyarakat Malaysia yang berdaulat sentiasa menyumbang idea kearah merealisasikan wawasan 2020 membina negara bangsa Malaysia yang maju mengikut acuan berasaskan kepada agama dan budaya. Kita perlu ubah minda supaya Masyarakat Malaysia tidak dicap sebagai Masyarakat yang kaya dengan perasaan hasad dengki, malas bekerja, manusia subsidi dan sebagainya. Pemimpin-pemimpin tak kira ape ideologi sepatutnya tidak bercakap perkara-perkara yang memperlihatkan kelemahan peribadi masing-masing. Lagi banyak pemimpin mengkritik di antara satu sama lain, semakin terserlah sikap dan pemikiran mereka . Kita mahu pemimpin menolak sikap mengkritik peribadi orang lain, lebih banyak muhasabah diri kerana peluang yang Allah beri kepada mereka satu tanggungjawab yang berat yang perlu dilaksanakan dengan penuh kejujuran dan keihklasan . Bukan dari segi pengucapan tetapi lebih dari tindakan dan perlaksanaan. Kenapa arus politik sekarang lebih berwarna warni kerana pemimpin kita tak menghayati sejarah perjuangan masa lampau. Jadi jangan salahkan rakyat kalau pemimpin kita kurang matang. Pemimpin sentiasa menjadi public figure jadi setiap ucapan , tingkahlaku semuanya jadi perhatian rakyat dan rakyat sentiasa menilai.Maka dengan itu marikah kita bersama tak kira pemimpin atau rakyat bangunlah, berubahlah agar kita menjadi satu bangsa yang merdeka, berjaya dan bermaruah
Nice blog. Lots of info too.