Archive for the ‘Gelagat Blogger’ Category

Blogger - Sejujur Mana kata-kata?

Written by admin on May 11th, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sempena Hari Ibu ini saya mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua mereka yang bergelar ibu, emak, mama, mummi, ummi dan seumpamanya.

Sempena hujung minggu ini, banyak juga blog yang saya lawat dan baca. Ada blogger yang mewujudkan blog untuk menyebarkan ilmu, mengutarakan idea, menjana pendapatan dan tak kurang juga yang membina blog untuk mengritik orang lain.

Saya terbaca beberapa blog yang diwujudkan untuk mengiritik blog orang lain. Ada yang benar-benar profesional dengan meletak maklumat diri tetapi malangnya ada yang bersembungnyi dibalik nama samaran.

Yang lagi jelik, ada yang tidak mempunyai identiti langsung. Sudahlah menggunakan host percuma. Memalukan.

Ingatlah para blogger sekalian. Blog anda tanggungjawab anda. Jadilah blogger yang berhemah.

Oks itu sahaja, selamat berblog

wassalam

Popularity: 59% [?]