Selamat Datang ke Blog Direktori Blogger Malaysia. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Pengendali blog Malaysia Today Ditahan.

620 views | Tarikh: May 6, 2008 | kategori Berita | Tinggalkan Komen Anda

Enggan diikatjamin: Raja Petra ditahan di Sg Buloh

May 6, 08 11:45am, Malaysiakini - Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini dihadap di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya.

Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk  Seri Najib Tun Razak dan isterinya dalam pembunuhan seorang wanita muda Mongolia.

Raja Petra minta dibicarakan. Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.

Kes tersebut akan didengar pada 6 hingga 10 Oktober depan dan Raja Petra dibenarkan ikatmain RM5,000.

Beliau bagaimanapun enggan membayar ikatjamin dan ditahan di Penjara Sungai Buloh, sehingga tarikh kesnya bermula.

Kertas tuduhan itu memuatkan sembilan perenggan dalam artikelnya yang didakwa berunsur hasutan.

Pendakwaan dibuat oleh timbalan pendakwaraya Nordin Hassan manakala Raja Petra diwakili oleh sepasukan enam peguambela yang diketuai oleh Karpal Singh.

Malam tadi, beliau diminta menyerah diri di kompleks mahkamah Jalan Duta pada jam 9.30 pagi ini untuk menghadapi tuduhan menghasut.

Ketika beliau sedang menunggu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur apabila menerima panggilan telefon dari pihak polis pada kira-kira jam 10.20 pagi supaya hadir di mahkamah Petaling Jaya.

Bercakap kepada pemberita di komplek mahkamah Jalan Duta pagi tadi, Raja Petra mendakwa, beliau menjadi mangsa pendakwaan politik.

Katanya, beliau tahu mengenai gesaan yang dibuat oleh seorang pemimpin Umno dari Petaling Jaya (Utara) kira-kira tiga minggu lalu yang mahu “mereka mencari jalan untuk menangkap saya”.

Berita mengenai kes Raja Petra itu cepat tersebar malam tadi dan pagi ini orang ramai berkumpul di kompleks mahkamah sebagai tanda sokongan terhadapnya.

Turut hadir ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Ronnie Liu serta ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Jumaat lalu, Raja Petra dipanggil memberi kenyataan kepada polis berhubung artikel dalam blognya, Malaysia Today dua minggu lalu berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pada 25 April, Raja Petra menyiarkan satu artkel bertajuk ‘Let’s send the Altantuya murderers to hell’ dalam blognya, Malaysia Today. Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi itu.

Najib kemudiannya menafikan perkara itu melalui setiausaha akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Rosmah juga telah menafikan dakwaan terhadapnya itu.

Perbicaraan kes pembunuhan Altantunya sedang berjalan di Shah Alam.

1 Star (1 votes, average: 1 out of 1)
Loading ... Loading ...
Selamat Datang ke Blog Direktori Blogger Malaysia. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Blog-Blog Orang Politik

1,208 views | Tarikh: May 4, 2008 | kategori Blog Politik | 1 Komen

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Jika sebelum PRU ke-12, sukar untuk kita melihat blog-blog dari ahli politik Barisan Nasional. Pada ketika itu kita hanya melihat blog-blog politik dari parti Pakatan Rakyat atau dulunya Barisan Rakyat/ Barisan Alternatif.

Blog-blog politik dari pakatan rakyat adalah seperti AnwarIbrahimBlog (keAdilan), HusamMusa (PAS) dan LimKitSiang (DAP).

Tapi kini, blog-blog dari ahli politik Barisan Nasional tumbuh bagaikan cendawan, antara blog-blog ahli politik BN ialah blog Certusan Dr Mohamad Khir Toyo, Blog Muhammad Muhd Taib, Dari Kaca Mata Mohd Ali Rustam dan banyak lagi.

Mungkin kesan blog terhadap keputusan PRU-12 menyebabkan ramai ahli politik mula memiliki blog. Tindak ini amat dipuji. Dengan memiliki blog, YB-YB ini dapat berkomunikasi dengan lebih dekat dengan rakyat jelata.

Terkini mantan Perdana Menteri kita juga telah melancarkan blog beliau. Blog Tun Dr Mahathir blog dicapai melalui pautan berikut http://chedet.com.

Moga blog-blog ahli-ahli politik ini dapat dimanfaatkan bersama.

sekian wassalam

1 Star (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Selamat Datang ke Blog Direktori Blogger Malaysia. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

UiTM Town Planning Blogger’s - Blog Ke 100 di Direktori Blogger Malaysia

522 views | Tarikh: May 1, 2008 | kategori Pengumuman | Tinggalkan Komen Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sempena hari pekerja ini saya ingin mengumumkan 2 perkara.

1. Bilangan blog warga Malaysia yang didaftar di Direktori Blogger Malaysia telah melampaui angka 100 dan blog yang ke-100 ialah blog UiTM Town Planning Blogger’s.

2. PR terkini untuk Direktori Blogger Malaysia ialah 4 dan ia masih boleh didaftar dengan percuma. Daftar, jangan tak daftar.

1 Star (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Selamat Datang ke Blog Direktori Blogger Malaysia. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Jom Upgred Blog!

701 views | Tarikh: April 10, 2008 | kategori Teknikal Blog | 2 Komen

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda cara untuk mengupgred blog wordpress secara bagi penginstallan secara automatik. Iaitu melalui fantastico. Saya menunjukan bagaimana saya mengupgred Blog Direktori Blogger Malaysia dari versi 2.3.3 ke versi terkini 2.5.

Caranya amat mudah :)

Ikuti langkah-langkah berikut;

1. Log in ke akaun cpanel hosting blog anda.
2. pada  ikon fantastico

3.  Anda akan dibawa ke dalam menu fantastico seperti gambar  di bawah

Lihat pada menu wordpress yang kelihatan. Ada arahan Upgrade Link (Upgrade to 2.5). Jika arahan ini tidak kelihatan, ini bermakna syarikat hosting blog anda masih belum mengisntall wordpress versi baru ke akaun CPanel anda.

4. Klik pada lini Upgrade to 2.5 dan tunggu arahan berikutnya. Menu seperti rajah di bawah akan terhasil

5. Baca arahan yang diberikan dan klik pada butang Upgrade dan tunggu arahan berikutnya. Menu seperti rajah dibawah terhasil

6. Klik pada link blog anda. Sebagai contoh http://blog.bloggermalaysia.info .Jika blog anda kelihatan bermaksud anda telah berjaya mengupgrade blog anda. Tahniah! :) Simpan maklumat yang diberikan kerana ia membantu sekiranya blog anda gagal berfungsi selepas diupgrade.

Sekian, wassalam

1 Star (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Selamat Datang ke Blog Direktori Blogger Malaysia. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

‘Blog Politik Malaysia’ Kata Kunci Yang Paling Laris!

1,361 views | Tarikh: March 15, 2008 | kategori Politik | Tinggalkan Komen Anda

Sejak PRU-12 kata kunci Blog Politik Malaysia’ adalah kata kunci yang paling banyak digunakan untuk menjumpai blog ini.

trafik15.jpg

Hari ini sahaja sebanyak 35.32% kata kunci tersebut digunakan!

Dengan menggunakan kata kunci tersebut blog ini menduduki tangga ke-2 daripada 1,760,000 laman web/blog di bawah Malaysia-Today.Net. Klik pada gambar di bawah sebagai bukti :)

yah.jpg

Ok itu sahaja. Jangan lupa mendaftar blog anda di Direktori Blogger Malaysia

1 Star (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Page 2 of 5«12345»

Galeri

Komuniti