Selamat Datang ke Blog Direktori Blogger Malaysia. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Blog? Apa Itu Blog?

583 views | Tarikh: February 9, 2008 | kategori Kenali Blog | Tinggalkan Komen Anda

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

 haveblog.jpg

Blog, apa itu blog? Blog merupakan ringkasan bagi weblog. Ia boleh dikatakan sebagai diari online dimana seseorang itu berkongsi kisah hidupnya dengan masyarakat umum. Ia juga digunakan sebagai jurnal untuk menyatakan pendapat peribadi atau menceritakan sesuatu perkara seperti hobi dan pekerjaan harian.

Apa beza blog dan laman web biasa?

Pada dasarnya blog dan laman web biasa tiada bezanya, blog juga merupakan sejenis laman web. Tetapi yang membezakan blog dan laman web ialah blog mudah dikemaskini. Di mana setiap kali blog dikemaskini, artikel terbaru akan berada di atas, manakala artikel yang lama akan turun ke bawah.

Berbanding dengan laman web ia biasanya susah untuk dikemaskini dimana ia perlu dikemaskini didalam programnya sendiri sama ada frontpage atau dreamviewer atau sebagainya. Kemudiannya laman web tersebut perlu diuploadkan semula ke hosting. Jadi untuk mengemaskini website ia memerlukan masa yang lama. Manakala untuk mengemaskini blog hanya perlu masuk ke ruangan admin sahaja. Jadi kesimpulanya untuk mengemaskini blog tidak memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi.

Kenapa kita perlu memiliki Blog?
Soalan ini tentu sedang bermain di minda anda jika anda belum miliki blog. Sebenarnya banyak sebab mengapa kita perlu memiliki blog. Tidak kisah siapa kita, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog kini merupakan satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan, dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat.

Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang kita tulis tersebut atau mengenali diri kita! Jika kita seorang usahawan, sudah pasti produk atau servis kita akan diketahui akan kewujudannya!

Ramai yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika kita perhatikan, begitu ramai usahawan internet memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Blog adalah satu ‘tools’ (teknologi) yang amat berkuasa di dalam menjana pendapatan atau mendapatkan trafik ke laman web perniagaan internet mereka. Kita juga boleh melakukan seperti mereka jika kita tahu caranya..

Jadi sebagai kesimpulannya dengan memiliki blog;

  • Anda dapat membina kredibiliti bagi kepakaran anda
  • Mendapatkan trafik ‘percuma’ ke laman web perniagaan anda
  • Dapat menyertai program Google Adsense dan program affiliate
  • Berkomunikasi dengan bakal dan pelanggan anda
  • Mempromosikan perniagaan konvensional anda dengan berkesan
  • Menambah rangkaian perniagaan melalui internet
  • dan banyak lagi faedah blog!

Sekian sahaja untuk kali ini.
Wassalam

1 Star (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Selamat Datang ke Blog Direktori Blogger Malaysia. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Rumah Baru & Masalah Teknikal

222 views | Tarikh: February 7, 2008 | kategori Pengumuman | 1 Komen

Assalamualaikum dan salam sejahtera….

Demi memajukan direktori Blogger Malaysia, saya telah mengambil keputusan untuk membeli hosting khas untuk Blogger Malaysia (http://bloggermalaysia.info).

Sebelum ini Direktori Blogger Malaysia hanya menumpang di hosting projek saya yang lain. Melihat perkembangannya yang dijangka postif saya mengambil langkah untuk membeli hosting khas untuk direktori ini supaya tidak timbul masalah di masa hadapan.

Sehubungan dengan itu terdapat beberapa masalah teknikal sewaktu proses pemindahan dilakukan dan kini 80% proses tersebut telah pun berjaya :)

Terima kasih diucapkan kepada En. Alias, staff EcommerceMastery.com yang banyak membantu masalah hosting yang saya hadapi.

Dan dikesempatan ini juga saya mengucapkan terima kasih kepada anda yang selama ini menyokong direktori Blogger Malaysia. Hingga ke hari ini terdapat 70 blog warga Malaysia yang telah berdaftar di direktori tersebut.

Saya juga memohon maaf atas masalah teknikal tersebut yang mengakibatkan blog ini tidak dapat diupdate :(

Sekian wassalam

1 Star (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Selamat Datang ke Blog Direktori Blogger Malaysia. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Theme Wordpress Biru 2.0 Mengancam!

318 views | Tarikh: January 12, 2008 | kategori Wordpress Theme | 2 Komen

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

 

biru-20.png

Jika anda ingin miliki blog yang menawan, saya amat mencadangkan theme wordpress biru 2.0 yang dibangunkan oleh Neutronics dari neutronics.syokz.org.

Theme 3 kolum ini ditaja oleh Direktori Blogger Malaysia. Ia merupakan salah satu cara yang saya lakukan untuk meningkatkan pelawat dan ranking Direktori Blogger Malaysia.

Untuk mendapatkan theme tersebut sila muat turun di sini : http://neutronics.syokz.org/2008/01/05/biru-20-wordpress-theme-for-download/

Untuk melihat contoh blog yang menggunakanya anda boleh melayari Neutronics Dot Syokz Dot Org.

Dan untuk melihat theme ini yang telah diedit anda boleh melayari Cikgu Farizal Dot Com

Sekian, wassalam

1 Star (1 votes, average: 5 out of 1)
Loading ... Loading ...
Selamat Datang ke Blog Direktori Blogger Malaysia. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Sertai Kami….

612 views | Tarikh: December 3, 2007 | kategori Pengumuman | 4 Komen

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Hari ini saya ingin menjemput anda semua para bloger untuk menyertai kami. Tunjuk sokongan anda dengan melekatan banner kecil iniDirektori Blogger Malaysia di Blog anda. Anda hanya perlu menyalin & mempal kod di bawah di mana-mana bahagian blog anda.


1 Star (3 votes, average: 5 out of 1)
Loading ... Loading ...
Selamat Datang ke Blog Direktori Blogger Malaysia. Jika anda pertama kali ke sini, sila langgan rss kami secara percuma supaya anda tidak ketinggalan tulisan-tulisan yang menarik di blog ini.

Direktori Blogger Malaysia Di Maizul Dot Com-Blog Perniagaan Internet

356 views | Tarikh: December 2, 2007 | kategori Ulasan Blog | Tinggalkan Komen Anda

Assalamualaikum & salam Sejahtera..

Terlebih dahulu saya mengucapkan kepada rakan saya, saudara Maizul kerana sudi membuat ulasan mengenai Direktori Blogger Malaysia di blog beliau.

(more…)

1 Star (2 votes, average: 5 out of 1)
Loading ... Loading ...
Page 4 of 5«12345»

Galeri

Komuniti