Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Blog, apa itu blog? Blog merupakan ringkasan bagi weblog. Ia boleh dikatakan sebagai diari online dimana seseorang itu berkongsi kisah hidupnya dengan masyarakat umum. Ia juga digunakan sebagai jurnal untuk menyatakan pendapat peribadi atau menceritakan sesuatu perkara seperti hobi dan pekerjaan harian.
Apa beza blog dan laman web biasa?
Pada dasarnya blog dan laman web biasa tiada bezanya, blog juga merupakan sejenis laman web. Tetapi yang membezakan blog dan laman web ialah blog mudah dikemaskini. Di mana setiap kali blog dikemaskini, artikel terbaru akan berada di atas, manakala artikel yang lama akan turun ke bawah.
Berbanding dengan laman web ia biasanya susah untuk dikemaskini dimana ia perlu dikemaskini didalam programnya sendiri sama ada frontpage atau dreamviewer atau sebagainya. Kemudiannya laman web tersebut perlu diuploadkan semula ke hosting. Jadi untuk mengemaskini website ia memerlukan masa yang lama. Manakala untuk mengemaskini blog hanya perlu masuk ke ruangan admin sahaja. Jadi kesimpulanya untuk mengemaskini blog tidak memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi.
Kenapa kita perlu memiliki Blog?
Soalan ini tentu sedang bermain di minda anda jika anda belum miliki blog. Sebenarnya banyak sebab mengapa kita perlu memiliki blog. Tidak kisah siapa kita, walaupun seorang tukang masak, penulis buku, peguam, ustaz, guru, pemandu teksi, ahli perniagaan, CEO, usahawan internet, pelajar, pesara, doktor, petani atau sesiapa sahaja, blog kini merupakan satu medium penyampaian maklumat yang amat berkesan, dapat menambah kenalan, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan yang pasti, ia adalah satu teknologi di internet yang begitu ampuh sekali untuk digunakan bagi pelbagai tujuan dan matlamat.
Dengan hanya menulis, segenap lapisan masyarakat seluruh dunia akan membaca dan tahu apa yang kita tulis tersebut atau mengenali diri kita! Jika kita seorang usahawan, sudah pasti produk atau servis kita akan diketahui akan kewujudannya!
Ramai yang telah berjaya membina nama dan menghasilkan pendapatan dengan hanya menggunakan blog. Jika kita perhatikan, begitu ramai usahawan internet memiliki blog mereka sendiri bagi berkongsi apakah yang mereka lakukan dan menyatakan apakah produk keluaran mereka yang terkini. Blog adalah satu ‘tools’ (teknologi) yang amat berkuasa di dalam menjana pendapatan atau mendapatkan trafik ke laman web perniagaan internet mereka. Kita juga boleh melakukan seperti mereka jika kita tahu caranya..
Jadi sebagai kesimpulannya dengan memiliki blog;
- Anda dapat membina kredibiliti bagi kepakaran anda
- Mendapatkan trafik ‘percuma’ ke laman web perniagaan anda
- Dapat menyertai program Google Adsense dan program affiliate
- Berkomunikasi dengan bakal dan pelanggan anda
- Mempromosikan perniagaan konvensional anda dengan berkesan
- Menambah rangkaian perniagaan melalui internet
- dan banyak lagi faedah blog!
Sekian sahaja untuk kali ini.
Wassalam
Popularity: 38% [?]
Share This